Puterake4's FotoPage

By: Putera KeEmpat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Friday, 29-Aug-2008 02:53 Email | Share | | Bookmark
Sabah Dalam Kenangan (Sempena Perkahwinan Adi) pada 17.08.2008

Di Pintu Masuk Taman Pertanian Tenom Keningau
Kolam Teratai
Amboi Wanginya! Hu hu hu..
View all 36 photos...
14.08.2008 (Khamis)

Bangun seawal 4.00 pagi. Baru tidur 2 jam dah kena bangun. Walaupun mengantuk, saya terpaksa bangun juga. Nasib baik anak-anak tak menangis bila dikejutkan sebegitu awal. Bertolak dari Seremban Ke KLIA dihantar oleh Watie adik ipar saya. Walaupun pesawat akan berlepas 7.30 pagi tapi saya pastikan supaya tiba di KLIA sekurang-kurangnya 45 minit sebelum berlepas.

7.00am. Menaiki pesawat MAS MH2604. Seperti biasa setiap kali menaiki kapal terbang, Tini dan Asyraf pasti akan bergaduh berebut tempat duduk di tepi tingkap. Oleh kerana Tini yang dapat dulu maka terpaksalah saya berjanji penerbangan balik nanti Asyraf yang akan duduk di tepi tingkap pula.

7.30am. – Pesawat berlepas ke Kota Kinabalu. Mek, Nenek dan Khairul akan menaiki Pesawat MAS MH2616 pukul 2.15 ptg nanti. Apa boleh buat tak dapat menaiki pesawat yang sama maklumlah penerbangan tambang murah MAS RM0.00. Bayaran yang dikenakan setiap seorang cuma RM120 penerbangan dari KL ke Kota Kinabalu mestilah susah nak dapat. Murah tu.

10.05am – Tiba di Kota Kinabalu. Sebaik sahaja keluar dari Air Port kami terus menaiki teksi ke Center Point. Shoping sikit sambil menunggu Adi. Bila Adi dan kawannya tiba, kami dibawa ke Pasar Filifi beli mutiara.

4.00pm – Menaiki bas ke rumah Ust Rusli di Keningau.

6.30pm – Tiba di Keningau dijemput oleh Cik La. Rusli tidak ada di rumah kerana masih di UIA ada kuliah.

15.08.2008 (Jumaat)

9.00am – Bertolak ke Taman Pertanian Tenom. Hafizah, Husna dan Hamidah ikut sama. Memang saya mahukan begitu supaya Tini dan Asyraf dapat lebih mengenali sepupu-sepupu mereka.

1.00pm – Sudah terlalu penat berjalan di Taman yang begitu luas, kami keluar. Lagipuan saya kesian pada Hamidah yang kelihatan begitu penat sekali. Maklumlah dia yang paling muda.

2.00pm. Ke KFC bagi mengisi perut anak-anak yang telah lapar kepenatan akibat lawatan di Taman Tenom..


16.08.2008 (Sabtu)

9.00am. Bertolak ke Ranau dengan menaiki “bas” yang sebenarnya hanyalah sebuah van buruk yang sendat dengan penumpang. Seperti kelmarin, perjalananya melalui bukit bukau. Takkala hampir tiba ke Ranau, pemangangan indah Gunung Kinabalu mula kelihatan. Hati saya begitu teruja apatah lagi saya amat meminati gunung ganang. Sewaktu di unuversiti dahulu banyak puncak gunung yang telah saya tawan termasuklah gunung Mulu di Sarawak. Cuma Gunung Kinabalu saja belum berjaya ditawan lantaran masa dan kos. Namun niat untuk menawan puncak Kinabalu tidak pernah terpadam dari hati saya.

12.00pm. Tiba di Ranau. terus dibawa oleh Khairul dan Adi ke Kawasan Rekreasi Air Panas Poring. Saya dan Ina menaiki jambatan gantung atau kanopi. Penat sungguh mendaki bukit dan seterunya menaiki kanopi yang tergantung di atas pokok-pokok di lereng bukit, tapi pengalaman sebegini sukar dicari.
Dalam perjalanan balik kami berpeluang melihat Bunga Raflesia yang sedang berkembang. Walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal sebayak RM15.00 seorang oleh “penjaga” bunga tersebut (terletak di belakang rumah mereka – kata Adi bayar sajalah lagipun mereka bukan orang kaya, anggap saja sedekah) namun berbanding dengan pengalaman melihat sendiri bunga tersebut nilai RM15.00 bukanya seberapa. Apatah lagi Tini yang begitu teruja dan amat kagum dengan bunga tersebut saya rasa berbaloi.

5.00pm. Kami tiba di Kundasang. Udara sejuk di Kundasang begitu menyergarkan. Panorama yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu amat indah sekali. Tini tidak habis-habis berkata “wow cantiknya” Memandangkan hari sudah lewat petang, Adi terus mengajak kami ke Kinabalu Park bagi melihat pemandangan di kaki Gunung Kinabalu tempat permulaan pendakian. Berdiri di Platfom peninjau di pintu masuk ke Gunung Kinabalu dan memandang kebawah melihat permulaan trek pendakian hati bagai ingin menjejaki trek tersebut menuju puncaknya. Saya pasangkan niat suatu hari nanti puncak Kinabalu pasti saya tawan juga.

7.00pm. Kami semua bermalam di rumah Ustaz Fazli di Kundasang. Kahairul yang penah mengajar di Kundasang selama beberapa tahun sebelum berpindah ke Jerek di Gua Musang mempunyai ramai kenalan di sini. Sejuknya di sini umpama berada di puncak Genting.


17.08.2008 (Ahad)

4.30am – Bagun dan menunaikan solat subuh. Awalnya subuh di sini. Jam 6.00pagi sudah cerah. Selepas sarapan masing-masing bersiap untuk majlis perkahwinan Adi. Setelah semua berkumpul kami semua bertolak ke rumah pengantin perempuan di kampong Ntah apa ke namanya, Kampung Tagoden Lama kot sebab itu yang saya ingat. (Ada satu pintu gerbang dengan nama tu sewaktu dalam perjalanan). Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit melalui lereng-lereng bukit dan sebahagian jalan yang tidak berturap. Rombongan kami di sambut dan di arak kumpulan pemain Gong yang berada di atas sebuat lori kecil. Tangkai hati ini bagi digaru ingin ketawa tapi saya tahan kerana menumpang kereta orang dan tidak mahu dikatakan sebagai mentertawakan tradisi orang di sini. Sebaik sahaja kami tiba di rumah pengantin perempuan, kami disambut pula dengan paluan kompang. Dari rumah pengantin perempuan berarak pula ke masjid bagi majlis akad nikah. Budak-budak pemain kompang ni tak boleh tengok muka Adi. Asal tengok je muka Adi terus di ketuk kompang-kompangnya. Agak lawak juga aku rasa, apatah lagi seingat aku dalam perkahwinan adik beradik kami belum ada yang begini. Bukan sekadar bahasa yang berbeza malah adat dan budaya juga berbeza. Dah tu jauh di pergunungan. Begitulah jodoh kata orang.

11.30am – Majlis akad nikah berlangsung. Dengan penuh semangat dan sekali lafaz sahaja maka sahlah kedua mempelai diijab Kabul sebagai suami isteri. Semoga Adi dan Azlina akan bahagia selamanya hingga ke anak cucu.

2.30pm – Tiba di rumah penginapan Ustaz Fazli. Saya, Ina, Tini dan Asyraf di hantar oleh khairul ke Ranau untuk mengambil “bas” ke Kota Kinabalu. Terima Kasih ustaz Fazli sekeluarga.

4.00pm. “Bas” bertolak meninggalkan Ranau dan Kundasang. Sayup-sayup Gunung Kinabalu ditinggalkan. Insyaallah suatu hari nanti kami akan datang lagi.

6.30pm. – Tiba di Kota Kinabalu terus dihantar oleh pemandu bas yang baik hati ke hotel penginapan kami Casero Inn.


18.08.2008 (Isnin)

9.00am – Sekali lagi kami pergi ke Pasar Filifina. Walaupun saya rasa agak penat namun demi isteri tersayang terpaksa pergi juga. Lagipun ole-ole dari Sabah mesti dibeli untuk di bawa pulang.

12.30pm – Check out dari Casero inn dan terus menuju ke Air Port.

3.45pm. – Berlepas dengan Pesawat Air Asia AK5101 menuju ke Kuala Lumpur. Nasib baik kami adalah yang terawal menaiki pesawat jadi Tini dan Asyraf masing-masing dapat duduk di tepi tingkap.


Sunday, 26-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti Sekolah

Kellies' Castle1
Rehat kejap ya
Bahagian belakang
View all 8 photos...
Cuti sekolah (17 - 26 Ogos 2007) ambil kesempatan jalan2 sekitar perak.


Monday, 20-Aug-2007 01:40 Email | Share | | Bookmark
19-8-2007 Pangkor Island

Selamat Datang
Di jeti
At the beach
View all 9 photos...
Ini adalah kali ke3 aku menjejak kaki ke Pulau Pangkor. Kali pertama sewaktu mengikuti lawatan anjuran Pasukan Kadet Polis Kelantan sempena Perkemahan Tahunan Ala PPH di teluk senangin pada tahun 1986 dan kali kedua pada tahun 1996 bersama rakan2 UIA. Sebenarnya pemergian kali ini sekadar mingisi masa lapang di hari minggu bersama housemate ku. Kebetulan minggu ini kami tak balik kampung, jadi kata Saiful apa kata kita gi riki Pulau Pangkor, nanti boleh la kita bawa keluarga bercuti. Memandangkan jarak dari ipoh ke pangkor lebih kurang 90km je aku terus setuju. Di pangkor kami sewa motorsikal RM30. Rugi jugak sebab tak bawa kamera, cuma N70 je yang ada untuk merakamkan sedikit kenangan. Walaupun gambar tak cantik namun kuabadikan juga di fotopagesku ini untuk kenangan masa depan.


Thursday, 9-Aug-2007 03:40 Email | Share | | Bookmark
Hanya Padamu

Santai Bersama Keluarga
Ibu kepada 2 anak macam anak dara 17 kan?
Sayang Abang.. sayang Sayang juga
View all 4 photos...
Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci...............
Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku


Thursday, 28-Jun-2007 03:00 Email | Share | | Bookmark
Kerja.. kerja.. kerja..

Files.. ducuments.. oh...
Someones's behind all these..
Sekadar gambar hiasan
Being a **** gives me a lot of research works to do. Look aa at my desk. Everytimes full of files and documents. Sometimes I even can't locate where my hanphone was eventhough it's ringging loudly. Selalunya aku buat byk kerja dlm satu2 mase. Masuk keja kul 7.30 pagi (WP1) balik kerja kul 6.00 ptg (WP?) Hai nasib.. nasib..


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net